I made this widget at MyFlashFetish.com.


Thursday, November 18, 2010

PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH UPSI

Dimaklumkan kepada semua pelajar yang ditawarkan kemasukan ke Program Pengajian Siswazah pada Semester II Sesi 2010/2011 yang akan mendaftar diri pada 11 Disember 2010, anda TIDAK DIBENARKAN membuat penangguhan bayaran yuran pengajian. Jabatan Bendahari UPSI hanya akan menerima pembayaran yuran pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan sahaja.

Bagi pelajar-pelajar lama yang akan mendaftar semula bagi Semester II Sesi 2010/2011 pihak Bendahari juga tidak membenarkan anda membuat penangguhan bayaran yuran pengajian atau anda tidak dibenarkan terus mendaftar.

TEMPOH BAYARAN YURAN PENGAJIAN (PELAJAR BARU) :
1 DISEMBER 2010 – 11 DISEMBER 2010

TEMPOH BAYARAN YURAN PENGAJIAN (PELAJAR LAMA) :
1 DISEMBER 2010 – 19 DISEMBER 2010

BAYARAN YURAN BOLEH DIBUAT MELALUI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) MULAI 1 DISEMBER 2010.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

PROGRAM SYARAHAN MALIM DR FAWZY IBERAHIM, PROGRAM PROFESSOR FISCHER SCHOOL OF EDUCATION AND HUMAN SERVICES, NOVA SOUTHEASTERN UNIVERSITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak IPS dengan ini menjemput Tuan/Puan ke Syarahan Malim bertajuk "How To Write a Good Research Proposal" dan "Assessment of Children With Special Needs" oleh Dr Fawzy Iberahim Program Professor Fischer School of Education and Human Services, Nova Southeastern University. Butiran program teresebut adalah seperti berikut:

Tarikh/Hari: 25 November 2010 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang 
Tempat: Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI


Tentatif Program

8.50 pagi                  : Ketibaan tetamu
8.55 pagi                  : Ketibaan VIP
9.00 – 10.30 pagi    : Syarahan bertajuk “ How To Make A Good Research Proposal”
10.30 - 10.45 pagi   : Minum pagi
10.45 – 12.15 t’hari : Sambungan syarahan  “ How To Make A Good Research Proposal”
12.15 – 2.15 petang: Tamat sesi 1
2.15 – 4.00 petang  : Syarahan  bertajuk “ Assessment of Children With Special Needs “
4.00 petang              : Tamat/Minum petang

 

Saturday, November 13, 2010

SEMINAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA DAN INDONESIA: CABARAN DAN HALA TUJU

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan Seminar Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia dan Indonesia: Cabaran dan Hala Tuju yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh/Hari: 1 Disember 2010 (Rabu)
Masa: 08.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Konvensyen (E- Learning)

 

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara UPSI dengan Universitas Negeri Padang (UNP) terutamanya dalam bidang teknikal dan vokasional. Selain itu, seminar ini juga dapat memberi peluang dan ruang antara para peserta untuk bertukar-tukar fikiran dan membina jaringan dua hala.

Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput tuan/puan ke seminar tersebut dengan memberikan maklumat diri tuan/puan (Nama Penuh dan No. Matrik) dalam ruangan mesej BLOG ini. Semoga kehadiran tuan/puan dapat menjayakan dan melancarkan lagi perjalanan seminar ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, November 8, 2010

SYARAHAN MALIM

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan, Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia akan menganjurkan Syarahan Malim yang akan disampaikan oleh Dr. Lim Chong Hin bertajuk 'Quality Learning in Higher Education'seperti butiran berikut: 

Tarikh: 10 November 2010 (Rabu) 
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang 
Lokasi: Bilik Persidangan, Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki 
Penceramah: Dr. Lim Chong Hin (Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia)


Semua warga UPSI adalah dijemput hadir.

BENGKEL 'AN INTRODUCTION TO RASCH, SEM & HLM : THEORY AND APPLICATION'

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti akan menganjurkan bengkel  'An Introduction To Rasch, SEM & HLM: Theory and Application' seperti butiran berikut : 

Tarikh: 22 November 2010 
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang 
Lokasi: Bilik Persidangan, Bangunan E-Learning, UPSI 
Yuran Penyertaan: RM 100.00 seorang 
Tarikh Tutup: 15 November 2010 


Penyertaan hanya dibuka kepada 60 peserta sahaja.

SEMINAR SEHARI PROBLEM-BASED LEARNING (PBL) 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan, Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia akan menganjurkan Syarahan Malim yang akan disampaikan oleh Dr. Lim Chong Hin bertajuk 'Quality Learning in Higher Education'seperti butiran berikut : 

Tarikh:10 November 2010 (Rabu) 
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang 
Lokasi: Bilik Persidangan, Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki 
Penceramah: Dr. Lim Chong Hin (Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia)

Semua warga UPSI adalah dijemput hadir.

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PRAKTIK STUDIO (NATIONAL CONFERENCE ON STUDIO PRACTICE)


 PENGENALAN 

Persidangan ini bertujuan untuk menjelaskan dan membezakan pengetahuan dasar di antara praktik studio dengan penyelidikan praktik studio. Kupasan antara karya seni dan proses kreatif dalam ruang lingkup teori, konsep dan sejarah berasaskan kepada kajian di dalam proses penghasilan karya atau penyelidikan yang berteraskan praktik studio berkeupayaan meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis yang mencabar potensi intelektual.
 
Proses penerokaan dalam pengkaryaan untuk menzahirkan produksi artistik merupakan suatu disiplin ilmu yang menuntut pemahaman secara teoritikal dan praktikal. Ia juga menjelaskan sumbangan berasaskan proses intelektual yang mengaplikasi kepelbagaian pendekatan dan konsep yang kompleks. 

Persidangan ini melibatkan tokoh dan penggiat seni visual, penyelidik, ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi sebagai pembentang kertas kerja atau peserta dengan matlamat meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam pengkaryaan dan penyelidikan praktik studio seni visual. 


RASIONAL
  • Memperkembangkan pengetahuan dasar kaedah penyelidikan seni visual di dalam konteks praktik studio
  • Menyediakan ruang dalam konteks pemikiran kreatif dan kritis agar karya seni visual dapat dinilai sebagai satu bidang ilmu yang melibatkan persoalan intelektual.
  • Memberikan peluang kepada pelukis/pengkarya/penggiat seni visual untuk berkongsi idea dan pengalaman di dalam proses penghasilan karya

OBJEKTIF
  • Menganalisis secara kreatif dan kritis ilmu dalam bidang pengkaryaan seni visual dari pelbagai sumber dan konteks.
  • Meluaskan perspektif, kemahiran baru dan memperkasa kecekapan dalam bidang penyelidikan pengkaryaan seni visual.
  • Mempergiat penyelidikan dalam bidang pengkaryaan seni visual seiring dengan perkembangan praktik studio.

UCAPTAMA

Professor Jonathan Holmes – University of Tasmania, Australia

Dr. Mary Scott - University of Tasmania, Australia


Milan Milojevic - University of Tasmania, Australia


LOKASI

Colmar Tropicale - Berjaya Hills
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak,
28750 Bukit Tinggi,
Bentong, Pahang


Tarikh Penting
  • Tarikh akhir penghantaran abstrak : 15 Disember 2010
  • Makluman penerimaan terakhir kepada pembentang : 22 Disember 2010
  • Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja Lengkap : 31 Disember 2010
  • Persidangan : 26 - 27 Januari 2011

Untuk maklumat lanjut sila layari http://ncsp.upsi.edu.my/

4th ENGLISH LANGUAGE CONFERENCE

ATTENTION TO ALL

CALL FOR PAPERS AND INVITATION TO ATTEND THE 4TH ENGLISH LANGUAGE CONFERENCE

INTRODUCTION


With the advent of multiple communication channels and increasing awareness of cultural and linguistic diversity in the world, a broader perspective for teaching and learning of a second or a foreign language is necessary.

Today’s global dissemination of information and the spread of new telecommunications and information technologies require a paradigm shift in instruction. The teaching and learning process is moving away from the traditional framework to one that is more technologically challenging.

As teachers, administrators, curriculum developers and other key players in the teaching and learning of second/foreign languages, it is crucial that we are aware of the latest developments in language teaching and learning and to equip ourselves with the techniques and approaches that are in synchrony with the new millennium.

Date: 7 - 8  March 2011
Venue: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Brochure:[download]
Registration Form:[download]

Organized By:
English Language and Literature Department, Faculty of Languages and Communication, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Secretariat:
Ahmad Zainuri (05-4505375) - zainuri@fbk.upsi.edu.my Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Leela Chakrabarty (05-4505364) - leela@fbk.upsi.edu.my Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Maizatulliza (05-4505406) - maizatulliza@fbk.upsi.edu.my

Address:
The Secretariat
4th English Language Conference
Faculty of Languages and Communication
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan