I made this widget at MyFlashFetish.com.


Monday, November 8, 2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PRAKTIK STUDIO (NATIONAL CONFERENCE ON STUDIO PRACTICE)


 PENGENALAN 

Persidangan ini bertujuan untuk menjelaskan dan membezakan pengetahuan dasar di antara praktik studio dengan penyelidikan praktik studio. Kupasan antara karya seni dan proses kreatif dalam ruang lingkup teori, konsep dan sejarah berasaskan kepada kajian di dalam proses penghasilan karya atau penyelidikan yang berteraskan praktik studio berkeupayaan meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis yang mencabar potensi intelektual.
 
Proses penerokaan dalam pengkaryaan untuk menzahirkan produksi artistik merupakan suatu disiplin ilmu yang menuntut pemahaman secara teoritikal dan praktikal. Ia juga menjelaskan sumbangan berasaskan proses intelektual yang mengaplikasi kepelbagaian pendekatan dan konsep yang kompleks. 

Persidangan ini melibatkan tokoh dan penggiat seni visual, penyelidik, ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi sebagai pembentang kertas kerja atau peserta dengan matlamat meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam pengkaryaan dan penyelidikan praktik studio seni visual. 


RASIONAL
  • Memperkembangkan pengetahuan dasar kaedah penyelidikan seni visual di dalam konteks praktik studio
  • Menyediakan ruang dalam konteks pemikiran kreatif dan kritis agar karya seni visual dapat dinilai sebagai satu bidang ilmu yang melibatkan persoalan intelektual.
  • Memberikan peluang kepada pelukis/pengkarya/penggiat seni visual untuk berkongsi idea dan pengalaman di dalam proses penghasilan karya

OBJEKTIF
  • Menganalisis secara kreatif dan kritis ilmu dalam bidang pengkaryaan seni visual dari pelbagai sumber dan konteks.
  • Meluaskan perspektif, kemahiran baru dan memperkasa kecekapan dalam bidang penyelidikan pengkaryaan seni visual.
  • Mempergiat penyelidikan dalam bidang pengkaryaan seni visual seiring dengan perkembangan praktik studio.

UCAPTAMA

Professor Jonathan Holmes – University of Tasmania, Australia

Dr. Mary Scott - University of Tasmania, Australia


Milan Milojevic - University of Tasmania, Australia


LOKASI

Colmar Tropicale - Berjaya Hills
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak,
28750 Bukit Tinggi,
Bentong, Pahang


Tarikh Penting
  • Tarikh akhir penghantaran abstrak : 15 Disember 2010
  • Makluman penerimaan terakhir kepada pembentang : 22 Disember 2010
  • Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja Lengkap : 31 Disember 2010
  • Persidangan : 26 - 27 Januari 2011

Untuk maklumat lanjut sila layari http://ncsp.upsi.edu.my/

No comments:

Post a Comment