I made this widget at MyFlashFetish.com.


Sunday, September 26, 2010

PENGHANTARAN LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN SISWAZAH BAGI SEMESTER 1 2010/2011

Semua pelajar Sarjana Mod B, Mod C dan Doktor Falsafah diminta untuk menghantar LKPS seperti jadual dibawah:

PhD      = Semester 1 dan ke atas
Mod C  = Semester 1 dan ke atas
Mod B  = Semester 3 dan ke atas

*Bagi pelajar Mod A yang telah mendaftar kursus Laporan Projek,wajib menghantar LKPS di fakulti masing-masing.
Tarikh Akhir menghantar borang pada 14 Oktober 2010 (Khamis)
-Gred TM akan tertera di slip keputusan peperiksaan sekiranya pelajar mendapat status Tidak Memuaskan.
-Jika pelajar mendapat status TM sebanyak dua kali berturut-turut, notis pemberhentian pengajian akan dikeluarkan.
*Kepada pelajar biasiswa diminta untuk membuat satu salinan sendiri sebelum hantar ke IPS.

Sila klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan Borang LKPS:

PENILAIAN PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR SARJANA (M101)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar Sarjana (M101) UPSI, anda dikehendaki mengisi penilaian pembelajaran secara online melalui Sistem Pembelajaran Elektronik MyGuru2. Penilaian pembelajaran tersebut adalah pada laman utama MyGuru2 di sebelah atas kiri. Manual pengguna disediakan dalam kotak penilaian pembelajaran tersebut. Tempoh mengisi penilaian pembelajaran adalah selama 10 hari (21-30 September 2010).

Kegagalan anda mengisi penilaian tersebut dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan anda dikenakan tindakan oleh pihak IPS dan fakulti. Sebarang pertanyaan mengenai sistem, sila hubungi 012-6784415 (En. Ahmad Wiraputra).

Sekian, terima kasih.

Wassalam 

Thursday, September 23, 2010

4th Conference on Postgraduate Education 2010 (ICPE-4 2010)

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan "4th Conference on Postgraduate Education 2010 (ICPE-4 2010)". Butiran maklumat konferens tersebut adalah seperti berikut:

Tema: Globalisation and liberalisation of Postgraduate Education
Tarikh: 26-28 November 2010
Tempat: Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur
Web: www.ukm.my/icpe4
Yuran Penyertaan: Percuma

Tarikh akhir menghantar abstrak: 30 September 2010
Makluman Penerimaan: pada atau sebelum 30 Oktober 2010

Justeru, pihak IPS mengalu-alukan pelajar pascasiswazah untuk membentang dapatan kajian anda. Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung terus di pejabat IPS.

Segala kerjasama dan keprihatinan anda didahului dengan ucapaan ribuan terima kasih. Sekian, harap maklum.

Juppri bin Bacotang
Exco Publisiti
Persatuan Pascasiswazah (PERCAS)
Institut pengajian Siswazah
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Testimonial

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan, pihak IPS ingin mendapatkan testimonial daripada pelajar pascasiswazah tentang sebab-sebab memilih UPSI untuk melanjutkan pengajian di peringkat Master / Phd. Sehubungan dengan itu, anda dialu-alukan untuk menghantar testimonial anda dalam ruangan fb ini. Butiran maklumat yang dikehendaki adalah seperti berikut:

Nama Penuh:
No. Matrik:
Nama & Kod Program:
Testimonial: (tiada had panjang/pendek, terpulang pada individu, dwibahasa: BM&BI)

Sila maklumkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Segala kerjasama dan keprihatinan anda didahului dengan ucapaan ribuan terima kasih. Sekian, harap maklum.

Juppri bin Bacotang
Exco Publisiti
Persatuan Pascasiswazah (PERCAS)
Institut Pengajian Siswazah
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...



Ucapan ini ditujukan khas kepada semua warga pascasiswazah UPSI