I made this widget at MyFlashFetish.com.


Friday, December 24, 2010

TECHNICAL VISIT TO SOUTH KOREA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sukacita dimaklumkan, PERCAS akan mengadakan TECHNICAL VISIT TO SOUTH KOREA. Butiran program tersebut adalah seperti berikut:

TARIKH/ HARI:
07 – 12 JUN 2011 (SELASA-AHAD)

TEMPAT:
BUSAN DAN GWANGJU, SOUTH KOREA

ANJURAN:
PERSATUAN PASCASISWAZAH (PERCAS), INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DENGAN KERJASAMA:
BAHAGIAN HUBUNGAN KORPORAT & ANTARABANGSA, UPSI
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, UPSI

OBJEKTIF:
1. Memberi pendedahan kepada wakil pelajar UPSI dalam rangka lawatan kerja teknikal ke peringkat antarabangsa sebagai satu usaha mewujudkan kerjasama dua hala dalam aspek perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam bidang pendidikan pascasiswazah.

2. Memberi pendedahan kepada peserta untuk mencari peluang dan ruang dalam melanjutkan pelajaran dan kemudahan biasiswa bagi pengajian di peringkat pascasiswazah.

3. Merintis peluang dan ruang untuk program pertukaran pelajar dan attachment program antara UPSI dengan universiti-universiti di Korea Selatan.

4. Mengadakan sesi dialog di antara wakil pelajar UPSI dengan wakil universiti-universiti yang dilawati untuk bertukar-tukar maklumat dan idea yang berguna untuk tujuan penambahbaikan kelak.

* Kos bagi setiap peserta ialah sekurang-kurangnya RM5000.00. PERCAS akan mengeluarkan SURAT PENAJAAN bagi setiap peserta untuk mendapatkan sumbangan atau penajaan daripada pihak luar.

* Sesiapa yang berminat dan sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sasigaran- 0175126967/0135927710 (Pengarah Program) atau Hakima- 0125796882 (Setiausaha).

Sekian, harap maklum...

Tuesday, December 14, 2010

JUALAN BAJU PERCAS


RM30.00
(TERHAD)

Saiz baju yang ada:
1. Saiz XS (2 helai)
2. Saiz S (1 helai)
3. Saiz L (1 helai)
4. Saiz XXL (1 helai)

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Juppri (017-8611878). 

Sekian, terima kasih...

JUALAN BUKU ANALISIS DATA (SPSS 18)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut merupakan maklumat buku tersebut:

Tajuk: Bimbingan Cepat, Analisis Data Penyelidikan untuk Pendidikan dan Sains Sosial
Pengarang: Mohd Yusri Ibrahim (UPM)

Harga: RM35.90 sahaja

Sebarang tempahan sila hubungi Cik Nurul Hazwani binti Shamsudin (019-9312276).

"EDISI TERHAD"

Sekian, terima kasih.

HARI KEMASUKAN 2010

HARI KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR BARU
PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 2: SESI 2010/2011

Tarikh/Hari: 11 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 08.00 pagi hingga 06.00 petang
Tempat: Dewan SITC, UPSI


GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG HARI KEMASUKAN


 Ahli-ahli PERCAS yang terlibat

Sesi bergambar bersama Dekan IPS

 Beratur panjang menunggu giliran

Sesi pendaftaran di kaunter IPS

 Melengkapkan borang-borang yang berkaitan

Masih melengkapkan borang...

Kaunter Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)

Kaunter Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV)

 Kaunter PERCAS

 Jualan barang oleh ahli-ahli PERCAS

Mengedar brosur kepada para pelajar baru

 
 Sesi Taklimat Akademik (Dekan IPS)
 Amanat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan)

Amanat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan)


TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR PASCASISWAZAH BARU. SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 

TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS SEGALA KERJASAMA DAN KOMITMEN YANG DIBERIKAN. 

SILA RUJUK PADA FACEBOOK UNTUK GAMBAR-GAMBAR LAIN. 
SEKIAN, TERIMA KASIH

 

SEMINAR SEHARI PENYELIDIKAN TEMA : PENYELIDIKAN INOVASI PENGURUSAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI akan mengadakan Seminar Sehari Penyelidikan bertemakan Penyelidikan Inovasi Pengurusan seperti butiran berikut :

Tarikh: 18 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi: Aras 5, Dewan Konvensyen, Bangunan e-Learning, UPSI

Penceramah: Prof. Dato' Dr. Ibrahim b. Ahmad Bajunid
                    Profesor Adjung, Fakulti Pengurusan Perniagaan


Semua warga UPSI adalah dijemput hadir. Penyertaan adalah percuma.

BENGKEL PEMINDAHAN TESIS KEPADA BUKU 2010

Berikut maklumat tentang bengkel tersebut:

Tarikh: 28-30 Disember 2010
Tempat: Bilik Serbaguna 2, Aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI
Anjuran: Penerbit UPSI

Sekian, harap maklum.

PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALI KE-3

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK). UPSI akan menganjurkan Persidangan kebangsaan Goografi dan Alam Sekitar Kali Ke-3 dengan tema "Kesejahteraan Alam Sekitar dan Kualiti Hidup Masyarakat dalam Arus Pembangunan Negara" seperti butiran berikut :

Tarikh: 8 - 10 Februari 2011
Lokasi: Dewan Persidangan, Bangunan e-Learning, UPSI

Brosur: [Muat turun / Download]

Penyertaan kini dibuka. Maklumat lanjut sila hubungi urusetia persidangan.