I made this widget at MyFlashFetish.com.


Saturday, November 13, 2010

SEMINAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA DAN INDONESIA: CABARAN DAN HALA TUJU

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan Seminar Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia dan Indonesia: Cabaran dan Hala Tuju yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh/Hari: 1 Disember 2010 (Rabu)
Masa: 08.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Konvensyen (E- Learning)

 

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara UPSI dengan Universitas Negeri Padang (UNP) terutamanya dalam bidang teknikal dan vokasional. Selain itu, seminar ini juga dapat memberi peluang dan ruang antara para peserta untuk bertukar-tukar fikiran dan membina jaringan dua hala.

Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput tuan/puan ke seminar tersebut dengan memberikan maklumat diri tuan/puan (Nama Penuh dan No. Matrik) dalam ruangan mesej BLOG ini. Semoga kehadiran tuan/puan dapat menjayakan dan melancarkan lagi perjalanan seminar ini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment