I made this widget at MyFlashFetish.com.


Friday, December 24, 2010

TECHNICAL VISIT TO SOUTH KOREA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sukacita dimaklumkan, PERCAS akan mengadakan TECHNICAL VISIT TO SOUTH KOREA. Butiran program tersebut adalah seperti berikut:

TARIKH/ HARI:
07 – 12 JUN 2011 (SELASA-AHAD)

TEMPAT:
BUSAN DAN GWANGJU, SOUTH KOREA

ANJURAN:
PERSATUAN PASCASISWAZAH (PERCAS), INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DENGAN KERJASAMA:
BAHAGIAN HUBUNGAN KORPORAT & ANTARABANGSA, UPSI
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, UPSI

OBJEKTIF:
1. Memberi pendedahan kepada wakil pelajar UPSI dalam rangka lawatan kerja teknikal ke peringkat antarabangsa sebagai satu usaha mewujudkan kerjasama dua hala dalam aspek perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam bidang pendidikan pascasiswazah.

2. Memberi pendedahan kepada peserta untuk mencari peluang dan ruang dalam melanjutkan pelajaran dan kemudahan biasiswa bagi pengajian di peringkat pascasiswazah.

3. Merintis peluang dan ruang untuk program pertukaran pelajar dan attachment program antara UPSI dengan universiti-universiti di Korea Selatan.

4. Mengadakan sesi dialog di antara wakil pelajar UPSI dengan wakil universiti-universiti yang dilawati untuk bertukar-tukar maklumat dan idea yang berguna untuk tujuan penambahbaikan kelak.

* Kos bagi setiap peserta ialah sekurang-kurangnya RM5000.00. PERCAS akan mengeluarkan SURAT PENAJAAN bagi setiap peserta untuk mendapatkan sumbangan atau penajaan daripada pihak luar.

* Sesiapa yang berminat dan sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sasigaran- 0175126967/0135927710 (Pengarah Program) atau Hakima- 0125796882 (Setiausaha).

Sekian, harap maklum...

No comments:

Post a Comment