I made this widget at MyFlashFetish.com.


Thursday, September 23, 2010

Testimonial

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan, pihak IPS ingin mendapatkan testimonial daripada pelajar pascasiswazah tentang sebab-sebab memilih UPSI untuk melanjutkan pengajian di peringkat Master / Phd. Sehubungan dengan itu, anda dialu-alukan untuk menghantar testimonial anda dalam ruangan fb ini. Butiran maklumat yang dikehendaki adalah seperti berikut:

Nama Penuh:
No. Matrik:
Nama & Kod Program:
Testimonial: (tiada had panjang/pendek, terpulang pada individu, dwibahasa: BM&BI)

Sila maklumkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Segala kerjasama dan keprihatinan anda didahului dengan ucapaan ribuan terima kasih. Sekian, harap maklum.

Juppri bin Bacotang
Exco Publisiti
Persatuan Pascasiswazah (PERCAS)
Institut Pengajian Siswazah
Universiti Pendidikan Sultan Idris

No comments:

Post a Comment