I made this widget at MyFlashFetish.com.


Tuesday, June 23, 2009

MAT 4 July 2009

Tarikh : 4 Julai 2009 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Dewan Kuliah K
(Pembayaran Yuran adalah untuk Tabung Persatuan. Pihak AJK baru berjaya mendapatkan peruntukan untuk makan dan minum, sekian.)

Program Tentatif

10.00 am - Pendaftaran ahli
10.25 am - Kata Aluan oleh Pengerusi Majlis
- Pembacaan Doa
- Ucapan Presiden PPPS sesi 2007/2008
10.30 am - Pelaksanaan agenda MAT:
(Mengikut senarai agenda dalam perlembagaan PPPS)
11.30 am - Pelaksanaan Majlis Suai Kenal:
- Ketibaan Tetamu Kehormat
- Ucapan Alu-aluan oleh Presiden PPPS Baru
- Amanat oleh Dekan IPS
11.40 am - Jamuan
12.00 pm - Perjumpaan & Perbincangan bersama pelajar senior
12.30 pm Bersurai


Agenda Mesyuarat Agung Tahunan (mengikut perlembagaan PPPS)

1. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PPPS mengenai kerja-kerja dan aktiviti PPPS yang telah dilaksanakan.

2. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PPPS bagi tahunan yang telah diaudit.

3. Membentang dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Belanjawan PPPS bagi tahun berikutnya.

4. Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang disampaikan kepada AJK Induk sekurang-kurangnya seminggu tarikh MAT diadakan.

5. Melantik AJK Induk dan Juruaudit untuk tahun berikutnya.

6. Penyerahan tugas kepada AJK baru.

7. Ucapan penangguhan.


Usul-usul / Cadangan daripada ahli untuk dibahaskan

1. Mencadang kepada IPS untuk menganjurkan kursus / bengkel secara berkala demi manfaat pelajar pasca siswazah (seperti Kursus Induksi Pelajar Pasca Siswazah, penulisan tesis, analisis data, pengunaan software NVIVO & SPSS, penyediaan proposal, presentation skills, dll)

2. Mencadang kepada IPS untuk menyediakan original software untuk kegunaan pelajar pasca siswazah (Microsoft Office, SPSS, NVIVO, Endnote dll)

3. Mencadang kepada IPS untuk mengadakan peruntukan kepada pelajar pasca siswazah (master dan PhD) untuk membentang hasil kajian di international conference.


Semua ahli PPPS dialu-alukan untuk memberi cadangan/usul, sila berikan nama dan fakulti pencadang (untuk rekod PPPS sahaja)

Yuran

1. Yuran Pendaftaran: RM2 (sekali sepanjang pengajian)
2. Yuran Ahli: RM5 (setahun/2 semester sekali)

Ahli Baru: RM7
(pelajar pasca yang berdaftar pada atau selepas semester 1 (bulan Jun), tahun pengajian 2008/09.)

Ahli Lama: RM5
(pelajar pasca yang berdaftar sebelum semester 1 (bulan Jun), tahun pengajian 2008/09. )

No comments:

Post a Comment