I made this widget at MyFlashFetish.com.


Wednesday, March 2, 2011

Kursus Model Pengukuran Rasch

PERHATIAN KEPADA PELAJAR SISWAZAH, UPSI

Institut Pengajian Siswazah akan mengadakan kursus Model Rasch dan berikut adalah butiran lanjut mengenai kursus berkenaan :

Tarikh: 4 hingga 5 Mac 2011 (Jumaat - Sabtu)
Tempat: Bilik Latihan 1, Blok C, UPSI
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Penceramah: Y. Bhg. Dr. Azrilah Abdul Aziz, Integrated Advanced, Planning Sdn. Bhd.

Objektif kursus ini ialah :
  1. Model Rasch membolehkan pengukuran dibuat dalam satu skala garis lurus hasil pemerhatian sesuatu kejadian atau 'event' seperti kadaran Likert atau Guttman dalam sesuatu soal-selidik, penilaian kualiti kehidupan dan sebagainya.
  2. Model Rasch berupaya menjawab beberapa persoalan penting di dalam sesuatu proses pengukuran sama ada data respon yang diterima adalah sah ataupun tidak. Maka demikian, Theorem Rasch dapat menentukan kesahihan sesuatu instrumen pengukuran yang digunakan.
  3. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada Analisis Rasch, huraian kepada penemuan statistik dan penerangan 'output' peta hasil interaksi responden dengan item (soalan) penilaian berkenaan. Pengenalan kepada pelaporan hasil daripada pemerhatian dan penemuan Analisis Rasch juga akan ditunjukkan.
Untuk makluman Tuan/Puan, yuran adalah percuma dan peserta digalakkan untuk membawa data dan Borang Kaji Selidik masing-masing. Untuk sebarang penyertaan kursus sila hubungi En. Mohd Azuwan (5491/5490) atau datang sendiri ke Pejabat Unit Pentadbiran dan Kewangan, Institut Pengajian Siswazah.  

Tempat terhad kepada 14 orang pelajar yang mendaftar awal.

Sekian, terima kasih.